Inisiatif

Ekonomi
12/24/19
Bantuan

Bantuan Khas Kewangan

Suka cita ingin saya maklumkan bahawa baki Bantuan Khas Kewangan tahun 2019 penjawat awam Negeri Selangor akan diagihkan hari ini.

Bonus sebulan gaji telah disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu, manakala baki antara RM500 sehingga dua bulan gaji berdasarkan KPI akan diagihkan hari ini.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Selangor yang menerima Anugerah Amalan Terbaik Pengurusan Nilai Perkhidmatan Awam 2019 baru-baru ini. Tidak dilupakan juga kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dinobat Juara Anti Rasuah 2019 baru-baru ini.

Saya harap bantuan khas kewangan ini menjadi dorongan kepada para penjawat awam untuk terus menggalas amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti.

#Selangor2020

#MajuBersama

SELANGOR MAJU BERSAMA