Inisiatif

Artikel
1/14/20

Belia Selangor ke arah Revolusi Industri 4.0

Seiring dengan misi Negeri Pintar 2025, kami yang bertugas di bawah Kerajaan Selangor akan memastikan anak muda negeri ini bersedia untuk berdepan dan menawan Revolusi Industri 4.0.

Saya berharap Selangor sebagai negeri dapat mencapai sasaran itu dan terus mampu kekal bersaing di peringkat global.

Hakikatnya, persiapan untuk anak-anak kita menghadapi Revolusi Industri 4.0 sebenarnya perlu bermula dari semalam.

Apabila Revolusi Industri 4.0 mula menghubungkan orang di seluruh dunia, pekerjaan baharu yang memerlukan lebih banyak kemahiran dan pengetahuan telah menguasai ekonomi.

Dasar Kerajaan Negeri meletakkan pendidikan sebagai salah satu fokus utama juga adalah ke arah mencapai status Negeri Pintar 2025.

Dalam konteks ini, perpustakaan adalah antara ejen transformasi yang penting bagi merealisasikan Gagasan Selangor Smart State.

Selangor mempunyai rangkaian perpustakaan yang baik sama ada di bandar dan desa. Perpustakaan boleh diibaratkan antara batu bata yang akan mencantum masa depan negeri ini.

Saya percaya yang dengan penglibatan semua, Selangor dapat menjadi mencapai apa yang telah kita sasarkan.

#SelangorMajuBersama

Dipetik dari: https://selangorkini.my/2020/01/belia-selangor-diasuh-ke-arah-revolusi-industri-4-0/?fbclid=IwAR2MsOhekE__y-oy6n7yYK0u2rKeLBqFJ5Bzf7K8E43Rt_y4U5dn8Wp34ho

SELANGOR MAJU BERSAMA