Khutbah Bermakna di Gombak Setia: Banteras Keganasan, Tingkatkan Keimanan
Alhamdulillah, pada 27 Disember 2024, saya berkesempatan menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah dan kariah Masjid As Syakirin di Gombak Setia. Khutbah pada hari ini bertemakan “Banteras Keganasan Terhadap Wanita”, satu tajuk yang sarat dengan peringatan untuk menghormati, melindungi, dan memuliakan wanita serta kanak-kanak sebagai tanda keimanan kepada Allah S.W.T.
Selepas solat, saya turut meluangkan masa untuk menyantuni para kariah dan warga pengurusan masjid. Peranan masjid sebagai institusi penting dalam kehidupan umat Islam harus terus diperkukuhkan, bukan sahaja sebagai tempat beribadah tetapi juga pusat penyatuan masyarakat.
Semoga khutbah hari ini menjadi pengajaran untuk kita semua, mengingatkan kita tentang tanggungjawab menjaga maruah dan kehormatan wanita serta golongan kanak-kanak. Saya mendoakan agar seluruh warga Gombak Setia dirahmati dan dilindungi Allah SWT.
#AmirudinShari
#GombakSetia
#MasjidAsSyakirin
#KitaSelangor