Inisiatif

Ekonomi
1/14/20

Melawat fasiliti depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd bersama Tun Dr. Mahathir dan YB Anthony Loke Siew Fook

Saya berpeluang menemani YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan YB Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke Siew Fook melawat fasiliti depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) di Serendah. Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd, usaha sama antara DMIA dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, merupakan kontraktor bagi projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT) Fasa 2 bernilai RM4.475 bilion.

Dhaya Maju juga merupakan kontraktor bagi KVDT1 bernilai RM1.41 bilion, yang melibatkan menaik taraf jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu. Sehingga 30 Jun, sebanyak 80.3 peratus daripada KVDT1 telah siap, dengan projek dijadualkan diserahkan pada tahun depan.

Kerajaan Pakatan Harapan telah merundingkan semula kontrak itu dan kos dapat diturunkan sebanyak 15 peratus kepada nilai semasa sebanyak RM4.475 bilion berbanding nilai asal, RM5.26 bilion.

Semoga projek ini mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang positif dan pada masa yang sama mengetengahkan kepakaran anak tempatan di peringkat antarabangsa. Tahniah !

#SelangorMajuBersama #Selangor2020

SELANGOR MAJU BERSAMA