Inisiatif

Ekonomi
2/4/20

Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Baru 2025

Tidak dapat dinafikan yang daerah Hulu Selangor mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan bagi memacu ekonomi masyarakat setempat. Kerajaan Negeri telah mengenalpasti tiga gugusan utama iaitu industri automotif, perkhidmatan dan pelancongan. Pembangunan kluster utama ini akan memberikan impak positif kepada masyarakat di Hulu Selangor.

Selain itu, keindahan flora dan fauna serta kawasan bersejarah di Hulu Selangor juga harus dipelihara. Untuk itu, Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Bharu 2025 sedang dirangka bagi memastikan usaha memelihara khazanah negeri itu dapat dilaksana segera. Antara elemen warisan boleh didapati di Bukit Fraser, Kalumpang, Kerling dan juga Rasa yang masih memiliki bangunan lama. Bangunan berkaitan mempunyai pengaruh seni bina kolonial dan tempatan juga melambangkan identiti sesebuah kawasan. Bersamalah kita menggembeling tenaga dalam menjayakan Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Baru 2025.

SELANGOR MAJU BERSAMA