Inisiatif

Ekonomi
1/5/20
Bantuan
Sukan
Tahun Baru

Video Belanjawan Selangor 2020

Tahun 2020 Kerajaan Negeri Selangor meletakkan keutamaan pada program kebajikan rakyat serta inisiatif dalam memacu pembangunan ekonomi negeri dalam usaha mencapai status Negeri Pintar Ulung Serantau menjelang tahun 2025. Dengan 5 strategi yang dirangka, Kerajaan Negeri Selangor terus bertekad untuk memakmurkan negeri dan pada masa yang sama meletakkan fokus kepada golongan wanita, anak muda dan miskin bandar. Pelbagai program telah dirangka antaranya program Foodbank untuk golongan miskin bandar, subsidi lesen motor untuk anak muda serta program tuisyen rakyat bagi golongan yang berpendapatan rendah. Berikut video ringkasan Belanjawan Selangor 2020. Marilah bersama-sama kita menjayakan visi dan misi menjadikan Selangor Unggul 2020 ! #SelangorMajuBersama

Posted by Amirudin Shari on Thursday, January 2, 2020

Tahun 2020 Kerajaan Negeri meneruskan komitmen dan fokus untuk menjana pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor. Kejayaan mencapai RM 16.6 bilion pelaburan, peratusan industri aeroangkasa serta pemberdayaan ekonomi rakyat melalui program keusahawanan telah dicapai pada tahun 2019. Oleh itu pada tahun ini, Kerajaan Negeri akan memfokuskan usaha meletakkan Selangor sebagai Negeri Pintar Unggul Serantau melalui inisiatif Smart Selangor. Selain itu bagi mengalakkan pelaburan, Dasar 100 hari dirangka bagi terus memacu Selangor sebagai negeri mesra pelabur dan perniagaan. Program infrastruktur bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta perumahan untuk rakyat yang akan mencipta ‘spillover effect’ kepada rakyat. #Selangor2020 #SelangorMajuBersama


SELANGOR MAJU BERSAMA